LONDON – September 20, 2016 – (BUSINESS WIRE) – Edisi ketiga Anugerah Jenama Dunia yang berprestij itu menyaksikan 210 jenama dari 30 buah negara mendapat anugerah “Jenama Terbaik” pada satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Istana Kensington hari ini.
Apple, BMW, British Council, Cartier, Coca-Cola, Facebook, Google, Lego, L’Oréal, Louis Vuitton, McDonald’s, Nescafé, Nike, Oral-B, Pampers, Rolex, Samsung, Starbucks, Schwarzkopf dan VISA diumumkan sebagai pemenang global.
Jenama yang menang dari Malaysia ialah Getha, Lewré, Marini’s Group, MML, Maybank dan Spritzer, manakala pemenang Singapura adalah Aztech, BreadTalk, ComfortDelGro, DBS, Great Eastern, Raffles Education, Singapore Airlines, Singtel dan Skylight.
Pemenang lain di peringkat kebangsaan termasuk, antara lain, ICBC (China), Bang & Olufsen (Denmark), Hermès (Perancis), Nivea (Jerman), Chow Tai Fook (Hong Kong), State Bank of India, Indomilk (Indonesia), Prada (Itali), Sukiya (Jepun), Dulux (Belanda), SM Supermalls (Filipina), Nando’s (Afrika Selatan), AmorePacific (Korea Selatan), Santander (Sepanyol), Zurich (Switzerland), Chunghwa Telecom (Taiwan), King Power (Thailand), Dubai Duty Free (Emiriyah Arab Bersatu), dan Prudential (United Kingdom).
Pemenang serantau termasuk Eu Yan Sang, Giordano, Lee Kum Kee, Mandarin Oriental dan Watsons dari Hong Kong; Indomie (Indonesia); Ajinomoto, Isetan, Kikkoman dan Uniqlo dari Jepun; MTN dari Afrika Selatan; Zara (Sepanyol); dan RAK Ceramics (Emiriyah Arab Bersatu).
Uniknya, pemenang dinilai melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan undian awam dalam talian. Setiap jenama telah dinamakan sebagai “Jenama Terbaik” di dalam kategori masing-masing. Tahun ini, sebuah trofi bersadur emas 24 karat yang direka baharu telah diperkenalkan bagi kesemua pemenang.
Anugerah itu dianjurkan oleh Forum Jenama Dunia, sebuah pertubuhan global yang tidak mencari keuntungan yang khusus untuk memajukan standard penjenamaan bagi kebaikan komuniti penjenamaan dan juga pengguna. Ia menganjur dan menaja pelbagai program pendidikan, dan mempunyai kerjasama bersama dengan universiti dan muzium terkemuka. Forum itu juga menerbitkan berita penjenamaan di laman webnya yang mencapai penonton global melebihi lima juta.
“Anugerah itu meraikan pencapaian beberapa jenama yang paling besar di seluruh dunia. Dengan 70 peratus daripada proses pemarkahan datang dari undi pengguna, jenama yang menang telah berjaya membina skor kepercayaan yang baik dengan pelanggan mereka,” kata Richard Rowles, Pengerusi Forum Jenama Dunia.
“Berikutan satu kempen yang berjaya, tahun ini menyaksikan peningkatan besar di dalam penyertaan bagi anugerah itu. Lebih 120,000 pengguna dari seluruh dunia telah memilih lebih daripada 2,800 jenama dari 35 buah negara. Pemenang pada anugerah itu telah menunjukkan dengan jelas keupayaan mereka untuk menonjol berbanding pesaing mereka,” kata Peter Pek, Ketua Eksekutif Forum itu.
Acara itu dianjurkan oleh David Croft dari Sky Sports. Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, sila layari awards.brandingforum.org.