0 0

LONDON — (BUSINESS WIRE) — Dalam satu majlis gilang-gemilang di State Apartments di Istana Kensington di London malam tadi, 118 jenama dari 30 buah negara telah diberikan penghormatan pada Anugerah Penjenamaan Dunia yang berprestij.

Anugerah itu dianjurkan oleh World Branding Forum (WBF), sebuah pertubuhan global yang tidak mencari keuntungan yang khusus dalam memajukan standard penjenamaan untuk kebaikan komuniti penjenamaan dan juga pengguna. Ia menganjur dan menaja pelbagai program pendidikan, dan turut menjalin kerjasama dengan universiti-universiti dan muzium terkemuka.

Pemenang global termasuk Apple, Cartier, Coca-Cola, Facebook, Google, Guinness, HSBC, IKEA, Johnnie Walker, Kleenex, Lego, Louis Vuitton, McDonald’s, Mercedes Benz, Nescafé, Nike, Rolex, Shell, Starbucks dan VISA.

Pemenang peringkat kebangsaan dari Malaysia termasuk Maybank, Ekowood, Getha dan Marini’s on 57. Pemenang peringkat kebangsaan yang lain dari seluruh dunia termasuk ANZ Bank dari Australia, Sinopec dari China, Hugo Boss dari Jerman, Airtel dari India, Prada dari Itali, Seiko dari Jepun , Samsung dari Korea, Gulf Insurance Group dari Kuwait, KLM dari Belanda, Babcock University dari Nigeria, HBL Bank dari Pakistan, Tanduay Rum dari Filipina, Chunghwa Telecom dari Taiwan, MTN dari Afrika Selatan, Singha Beer dari Thailand, Santander dari Sepanyol , Dubai Duty Free dari Emiriah Arab Bersatu dan Royal Mail dari United Kingdom.

“Anugerah itu adalah satu sambutan bagi pencapaian beberapa jenama yang paling besar di seluruh dunia. Untuk menang, sesebuah jenama perlu membina satu reputasi dan kepercayaan yang baik dengan pengguna, memandangkan 70 peratus daripada proses pemarkahan datang daripada pengguna yang mengundi untuk jenama kegemaran mereka,” kata Richard Rowles, Pengerusi World Branding Forum.

Setiap jenama telah dinamakan sebagai “Jenama Terbaik” dalam kategori masing-masing. RAK Ceramics telah dianugerahkan dengan sebuah anugerah serantau kerana menjadi satu jenama terbesar di dalam kategorinya di Timur Tengah.

“Lebih 2,600 jenama dari 35 buah negara telah dicalonkan bagi Anugerah 2015-2016 dalam pelbagai kategori, dan lebih daripada 65,000 pengguna dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam tempoh pengundian itu. Dengan persaingan sengit seperti itu, setiap pemenang jelas menunjukkan kuasa jenama mereka di kalangan pengguna,” kata Peter Pek, Ketua Eksekutif bagi World Branding Forum.

Uniknya, pemenang diadili melalui tiga penyaringan: nilai jenama, penyelidikan pasaran pengguna, dan pengundian dalam talian oleh orang ramai.

Acara itu akan dihoskan oleh Olivia Wayne dari Sky Sports. Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan senarai penuh pemenang, sila layari WorldBrandingAwards.org.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Translate »